Blog Ola Kamin


if in case you want to stalk my older post, just change the 'gegula-archive' with 'olakamin21' and tadaaaaah!

yes, you're welcome.

Tuesday, March 08, 2011

Grounds for Health. Together we can fight Cervical Cancer!

I would like to talk about something serious in this entry.
How many of us, the women, are aware of Cervix Cancer?
Do WE even know what Cervix Cancer?

that's my objectives today. Explaining about Kanser Serviks yang membunuh wanita di Malaysia sekarang.

PUNCA???

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim terjadi pada saluran reproduksi wanita dan menjadi penyebab utama kematian akibat kanser di seluruh dunia. Biarpun mudah dikesan melalui saringan awal, namun masih ramai yang tidak berusaha mencegahnya.

Salah satu punca penyakit ini adalah Hubungan seks bebas. Other that that, salah satu faktornya ialah kehadiran antibodi kepada Virus Papilloma Manusia (HPV) iaitu virus yang sama menyebabkan ketuat alat kelamin. tahukah anda apa itu ketuat? kalo tidak tahu, meh terjah SINI -> contoh ketuat. klik la yg mana suka <-

One more thing, virus di atas (HPV) dikatakan berjangkit melalui hubungan seks dan akan transform sel pangkal rahim kepada sel kanser...bahaya x?bahaya x??

dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik masih banyak lagi punca-punca yg menyebabkan penyakit ni.


SIMPTOMnya.....*section ni saya Copy Paste*

1. Pendarahan yang tidak normal – Perempuan yang dijangkiti kanser serviks mungkin mengalami pendarahan vagina yang tidak normal. Ia boleh terjadi dalam kuantiti yang sedikit atau banyak. Pendarahan ini bukanlah kitaran haid biasa. Ia juga boleh berlaku secara berpanjangan.


2. Keluar cairan yang banyak dan tidak normal – Pertambahan pengeluaran discaj yang berbau, cair, banyak, tebal atau yang mengandungi mucus atau berdarah. Ianya berbeza bagi setiap perempuan. Sebarang ketidaknormalan discaj perlu dirujuk kepada doktor.


3. Sakit pada tulang pelvik- Sakit yang tidak ada kaitan dengan kitaran haid. Ramai wanita yang mengalaminya sama ada sedikit atau sakit yang tajam yang boleh berlanjutan beberapa jam.


4. Sakit ketika pembuangan air kecil – Selalunya ia terjadi apabila kanser sudah mula merebak ke pundi kencing.


5. Pendarahan antara kitaran haid yang normal, selepas perhubungan seks, ‘douching’ atau selepas ujian pelvik. – Terjadi kerana adanya jangkitan pada serviks semasa aktiviti ini dilakukan.
* Ujian pelvik – ujian terhadap vagina, serviks dan uterus (rahim) yang dilakukan oleh doktor yang bertauliah. Wanita yang digalakkan membuat ujian ini adalah mereka yang berusia 21 tahun ke atas atau dalam masa setahun selepas melakukan hubungan kelamin pertama.


6. Terdapat darah beku yang dikesan


7. Sakit ketika melakukan hubungan kelamin


8. Juga berlaku pendarahan dari vagina selepas putus haid



Cara merawat?

Until now, belum ada lagi bukti rawatan untuk penyakit ni. Walaubagaimanapun, mencegah adalah lebih baik dari merawat!

Penyakit ini boleh dirawat dengan Pelalian HPV!

Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut :

Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
Suntikan kedua - 1 bulan selepas suntikan pertama.
Suntikan ketiga - 6 bulan dari suntikan pertama.

Bagi yang berumur 13 tahun pada tahun semasa, boleh mendapatkan suntikan HPV ni secara percuma di sekolah atau di klinik-klinik kerajaan.

Anda (kita la tu!) juga bolehla mendapatkan Pap Smear utk memastikan ada tidak dijangkiti sebarang virus. Apa benda Pap Smear tu? Ah..tanya Enchek Google sudah~



Menurut kajian, penyakit ni merupakan punca kematian kira-kira 270,000 wanita setiap tahun dengan purata seorang wanita meninggal dunia setiap dua minit di seluruh dunia.

So, beautiful women out there.
Together we can fight Cervical Cancer!
Fighting!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...